AhLaN WasAhLan

Wednesday 27 July 2011


                    madah untuk wanita ...
         untuk wanita y bergelar sahabat! :)


Seindah wanita solehah1 Madah Untuk Wanita Solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.



Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,



Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.



Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,



Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.





Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.


“Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah”

Sunday 24 July 2011


              Doa SeoRang Kekasih :)

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.


Doa dan Kekasih Doa Seorang Kekasih


Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Mari kita hayati dan ambil pengajaran daripada melodi dan lirik daripada artis nasyid In-Team dengan lagunya


 yang bertajuk “Doa Seorang Kekasih”

Thursday 21 July 2011




Pandanglah dengan Keteduhan Kasih Sayangmu



Rasulullah s.a.w bersabda,

 Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang nescaya Allah akan mengampuni dosa2nya."


Mari berbicara tentang kasih sayang ..kerana ia adalah fitrah bagi manusia. Dan manusia tak dapat hidup tanpa kasih sayang. Yang paling kita perlukan ialah kasih sayang Allah pada kita dan seterusnya tidak dapat tidak kita perlukan juga kasih sayang sesama manusia. Hidup kita akan gersang, sunyi tanpa kasih dan sayang. Jadi, marilah sama2 kita wujudkan, suburkan benih kasih sayang ini...

Sahabat2, Allah s.w.t telah memberi kita tawaran, tawaran untuk mengapuni dosa2 kita..Apakah kita tidak ingin merebut tawaran yang telah Allah tawarkan ini? Cuba kita fikirkan, apakah pandangan yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah pandangan sekilas atau pandangan yang dipenuhi keteduhan kasih sayang? Yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah pandangan yang ditujukan pada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut. Ibarat kamera, hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang sangat indah. Itu semua tidak akan terwujud kecuali dengan pandangan yang tulus dan suci, pandangan yang penuh kasih sayang dan penuh rasa cinta kerana Allah.

Setiap hari mata kita melihat, bukan? Bila kita bangun dari tidur, sampailah kita tidur semula dan memejamkan mata kembali. Bukankah di sekeliling kita dipenuhi wajah2 insani, yang mana sebenarnya mereka merupakan saudara seislam kita..Mereka juga memerlukan sentuhan hidayah dan kasih sayang..Maka, wajarlah kita memandang mereka dengan pandangan yang penuh kasih sayang dan penuh rasa cinta kerana Allah. 

Kerana apa? Mata adalah sarana terpenting bagi seorang da'i dan merupakan wasilah yang dampaknya sangat besar bagi mad'u. Kerana ketika seorang da'i memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.

Jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki saja sudah dapat menghancurkan, maka..pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam mengantarkan pada kebenaran yang akhirnya dapat mempererat barisan dan memperkuat bangunan ikatan hati sesama manusia. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia. Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. 

Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Dalam petikan sirah nabawiyah juga dipaparkan betapa Rasulullah sentiasa menghiasi kehidupan dengan nuansa keindahan.

Kaum muslimin yang waktu itu sedang mengerjakan solat merasa gembira tatkala melihat Rasulullah s.a.w membuka tirai dan memandang dengan tersenyum kepada mereka. Padahal waktu itu (di hari2 akhir hayat Rasulullah) Rasulullah sedang sakit, sehingga mereka mengira bahawa Rasulullah telah sembuh dari sakitnya. Mereka tidak menyangka bahawa itu adalah pandangan perpisahan.

Sedikit perkongsian ini moga2 dapat memberi manfaat pada kita. Perkongsian ini saya petik dari buku Bagaimana Memyentuh Hati karangan Abbas Assisiy, sangat best buku ni=>. Indahnya hidup ini andai kita tidak lokek memberi. Berikan kasih sayang, senyuman anda kepada saudara2, teman2 anda dengan wajah yang menyenangkan. 

Sekurang2nya kita telah memberi sedikit hak mereka dengan mempamerkan wajah kita yang menyenangkan. Mudah2an dapat tambah akaun pahala kita, Insyaallah. :)

Tuesday 19 July 2011

MESTI BACE!!
Lima
 Perkara Perosak Hati

Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah perlu dan wajib.
Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'


1. Bergaul dengan banyak kalangan 

Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Oleh sebab itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat kerana salah pergaulan. Allah berfirman: 


"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29). 


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67). 


"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25). 

inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah. 

2. Larut dalam angan-angan kosong 
Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang tiada tujuan hidup. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang tak bertujuan. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi Sallallahu alaihi wasallam memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan. 

3. Bergantung kepada selain Allah 
Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya: 


"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82) 


"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75) 

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22) 

T
erkadang keadaan sebahagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebahagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.


4. Makanan 

Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, sama ada kerana paksaan, malu atau takut terhina.
Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melampaui batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:


"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani). 

5. Banyak tidur 
Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Oleh itu, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Sallallahu 'alaihi wa sallam

Sunday 17 July 2011

     BUAT HATI YANG KETANDUSAN CINTA

Sabarlah duhai hati. 

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.




Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati. 

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.   

Wednesday 13 July 2011

             

   saye sayang awak..!!!




wah....bestnya kalu dapat hidup bahagia dan romantik mcm nie...
ya Allah....jika aku jatuh cinta...cintakanlah aku kepada hamba yg mencintaimu agar dapat aku menambahkan cintaku padaMU.....
smoga kita  dapat jadi hapy family cam nie....amin^^ 




Sunday 10 July 2011

muhasabah cinta

assalamualaikum semua...

uke...malam nie alang nak korang semua tinggalkan kesibukan dunia sekejap dan mari muhasabah diri kita..10 minit ja :)

bismillahhirohmanirohim...kawan2...dah solat?..kalau dah solat..alhamdulilah...kalau belum..sila pergi sekarang..tunaikan kewajipan korang dulu ea...


uke..cuba korang pikir...apa korang buat hari nie sebagai seorang hambaNya?berapa banyak amalan kita?

dan barapa banyak dah dosa yg kita buat harini?
korang bayangkan...bagaimana berkuasanya Allah yg mencipta langit yg mencipta bumi...

disaat kita leka dengan nikmat dunia...kita lupa yg sang pencipta memerhati setiap langkah hambaNya...setiap gerak geri kita...

Allah tidak pernah meninggalkan kita...tapi...kita yg selalu tinggalkanNya dan lupakaNya..bila kita sibuk...kita lupakaNya sedangkan Dia tidak pernah sedetik pon lupakan kita walaupun Dia yg mentadbir alam ini...andainya sedetik saja Dia tinggalkan kita..apa jadi?
malah Dia bagi semuanya percuma pada kita..bayangkan udara yg kita sedut hari2 sekali sedut kena bayaq rm1..kalo sehari beribu2 kali?? setiap langkah dekat bumi nie kena bayaq...macam mana? air yg mengalir tu setiap titik kena bayaq?..mcm mana pulak?
walaupon kita selalu buat salah..Allah x pernah sekat rezeki kita..Allah x pernah biarkan kita kelaparan...tapi pernahkah kita terpikir semua tu..??

disaat kita sakit..kita jrang bersangka baik pada Allah..sedangkan kita tahu sakit itu penghapus dosa...Allah amat menyayangi kita.sebaliknya kita mengeluh dengan ujian yg di berikan...dan kata Allah nak seksa kita la..x sayanglah..


cuba kita bayangkan..bagaimana kalau sakaratul maut tiba2 menjemputkan kita dalam kita berkeadaan membuat maksiat pada Allah...dalam keadaan x sempat bertaubat..dalam keadaan  kita lupakaNya?
pernahkah kita bersyukur dgn segala nikmat yg Dia berikan?..pernahkah?
mlangnya...manusia tidak pernah bersyukur....



malam nie biarlah kita mintak maaf  pada semua orang yg kita pernah buat salah dengan dia..serta memaafkan segala kesalahn orang...sucikan diri kembali...bertaubat dengan segala dosa yg pernah kita lakukan..fikirkan kembali...apa yg kita buat harini..hubungan kita dengan Allah masihkah dijaga?..bagaimana pula hubungan dengan manusia?...tepuk dada tanya iman.. tenangkan jiwa...dan tidur dengan tenang..dan
andainya esok kita masih berjaga...syukurlah padaNya kerana memberikan kesempatan untuk kita hidup dan bertaubat dengan segala kesalahan yg pernah kita lakukan..mari tenangkan jiwa..sucikan hati...

mulakan hari dengan senyuman dan penuh kesyukuran di hati...bukak buku baru..dan berazam, untk jadi yg lebih baik dari semalam..insyaAllah 

buka kan mata anda..hati anda dan minda anda :)
tagline blog..huhu


semoga kita menjadi hamba Allah yg berjaya di dunia dan akhirat..mari sama2 dengaq lagu nie.. :)
 

Thursday 7 July 2011

ADE APE DENGAN CINTAA??~~sharing is caringg



Satu penantian mencari pasangan jiwa, cukup menguji kesabaran dan keimanan didalam dada.. kerana manusia itu menanti hadir sebahagian jiwanya.

Kekadang terasa gelisah membasahi jiwa, adakalanya hati berlumuran dengan kecewa. Ada juga kegembiraan mulai terasa, tidak kurang juga ada bahagia telah meliputi kehidupannya..

Dalam mencari cinta manusia, janganlah terlalu mengharap pada si dia, kerana dia tetap seorang manusia. Sedangkan kita sendiri tak mampu menilai hati kita, inikan pula untuk mengetahui sepenuh isi hatinya.

Maka, serahkan pada Allah Ta'ala sebagai penentunya, disamping ikhtiar dan usaha pembuka wadahnya, sebagai tanda seorang hamba kepada Pencipta.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik akan sesuatu perkara, maka bergantung haraplah kepadaNya sepenuh jiwa, kerana kita sendiri adakalanya keliru dalam menentukan keinginan jiwa.

Allah itu maha sempurna dan berkuasa, dan manusia itu ciptaanNya yg sempurna.. Bukannya bererti sempurna manusia pada sifat dan sikapnya, kerana disebaliknya pasti ada kelebihan dan kekurangan yg berbeza2. Yang dinamakan makhluk sempurna untuk membuktikan kebesaranNya, sebagai satu tanda untuk kita mensyukuriNya setiap masa..~

Tiada siapa tidak mahu merasai cinta, kerana cinta itu fitrah naluri seorang manusia. Jika tanpanya akan terasa satu kekurangan di jiwa, mencari dan gelisah kerana terasa ada yang tidak kena.. itulah yang dinamakan cinta seorang manusia,

" dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan,"[An-Najm ayat 45]

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Ar-Ruum ayat 21]

Namun begitu, cinta manusia itu bukanlah segala-galanya, kerana cinta yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya.. Cinta manusia hanya sebagai pelengkap jiwa dan kehidupan dunia, tetapi cintaNya adalah untuk kesempurnaan bagi segala-galanya...~

Maka, janganlah terlalu gelisah jika tiada cinta manusia, namun teruskan memohon kepadaNya agar dikurniakan cinta sejati dari manusia, semoga dengannya mendekatkan lagi jiwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari. 

Biarlah hati tertarik pada agamanya, kerana agama itu yang membawa jiwa manusia kearah bahagia.. Tetapi ada yang mencintai kerana rupa, ada juga kerana harta mahupun keturunan mulia.. Tidak salah untuk mencintai itu semua, tetapi sedarilah hakikat, kecantikan itu akan pudar dimakan usia, harta pula akan berkurangan sentiasa kerana selalu diguna, berketurunan mulia bukanlah bererti mulia akan segala-galanya..

Menjadi kebimbangan bila cantik mulai pudar, harta semakin berkurangan didunia, dan keturunan itu semakin dipinggirkan oleh manusia, semakin itulah berkurang dan hilangnya cinta dan kasih sayang kita kepada si dia...~

Ingatlah hakikat, jika tiada agama, tidak berfaedah akan kecantikan rupa, tidak bernilai akan kekayaan harta, tidak berguna walaupun berketurunan mulia.

Biarlah hati bersatu dengan hati si dia kerana agama, moga nafsu dunia mudah dirantai disepanjang kehidupan dunia.

"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.

Wednesday 6 July 2011


ini lah dye office ku.. hehe :)


assalamualaikum . .
   hari nie, 1st day ak mnjalani latihan industri (practical)  . . ak sampai tepat pkul 7.30 pg , hahahaha..awal tu..mybe sbb excited sgt kot.. ingat kan semua dah ready dh bkk office . .tunggu2 pkul 8.30 bru staff sampai n office d buka . .nasib lah dtg awal kan . . hmm . . paling terkejut aq sorang je dak dploma yg practikal kat syarikat audit nie! tpi nasib baek dpt akak2 baek kat cni.. then ak terus kne d ajar buat secretary syarikat dlu.. smpai hari 3 bru aq d beri kerja tu pon masukan data perbelanjaan syarkikat dlm microsoft excel..
            
                    hmm .. office sye xde lah besar sgt tpi cool sgt coz ad akak2 yg cute n comel ....hehehhe...bos kat office nie ad 2 org ..yg sorng nie cool je coz muke asik senyum yg sorg lgi bos nie nampk mcm garang tpi sebenarnye cool je! huhu... mereka memang sporrting n cool... ari tigaa bru aq d beri traning oleh bos !! akak yg handle aq xdpt bgi traning coz bz je ngan kerja audit syarikat...hmmm ... nasib baek ari sabtu n ahad office tutup xde lah penat sgt.. ari2 aq masuk office kol 8.30A.M n blik kol 7P.M ... aq hope practikal kat cni dpt mengembirakan hatiku smpai akhir practikal.. huhuuh! walaupon byk kerja sye xkisah coz kte dtg cri ilmu ! hehehhe ayat skema,...


Sunday 3 July 2011


Pandanglah Menggunakan Mata Hati

alt
Kehidupan ini penuh dengan ranjau? penuh dengan pancaroba.Penuh dengan ujian.
Tetapi itulah dinamakan warna-warni kehidupan.
Kehidupan kita juga diwarnakan dengan pelbagai ragam manusia, ada yang merasa megah dengan kekayaan, pangkat dan harta. Kita merasa angkuh dengan kurniaan ilahi. Kemana kita sebenarnya?
Pandanglah ke Langit
Pernahkah kalian memandang ke langit? anda tidak merasakah bahawa betapa kecil dan kerdilnya kita di alam ini? Kekadang kita rasa bongkak, angkuh, sombong dengan harta,pangkat dan kekayaan. Cuba kita renung. Adakah ia akan kekal?
Adakah apa yang kita ada ini sudah mencukupkan kita rasa hebat? Sedangkan harta pangkat dan kekayaan, pencapaian yang ada pasti tidak kemana. Betapa sedikitnya, dibandingkan dengan kekayaan dan agungnya kekuasaan ilahi yang ciptakan dunia ini.
Indahnya melihat langit seakan ingin terbang ke udara. Langit yang membiru itu tidak pernah angkuh dengan kecantikan, kehebatannya. Langit selalu sahaja menurut perintah Allah apabila Dia inginkan langit itu suram tidak bercahaya, langit tunduk dengan perintah-Nya. Tetapi manusia? apabila diuji dengan harta, kekayaan, pangkat, kecantikan dan perkara itu yang membuatkan manusia lupa bahawa dia lemah, semuanya kekayaan tidak akan kekal.Semuanya milik Allah! kita pasti akan MATI. Pernahkah kita insaf? pernahkah kita merasa takjub dengan keagungan ciptaan Tuhan jika dibandingkan apa yang ada pada diri kita ini?
Renung Kembali
Pada satu ketika, kita rasa dengki dengan kekayaan yang ada pada orang lain. Kita rasa dengki dengan pencapaian orang lain. Kita rasa kecewa, mengapa ya Allah , aku tidak sehebatnya. Mengapa aku tidak hebat sepertinya? sebenarnya kita silap. Tidakkah kita mendengar bahawa Allah swt berfirman:
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." Surah Muhammad Ayat 36
Kita tidak pernah bersyukur dengan kurniannya.Adakah kita masih angkuh sedangkan Allah sudah memberi kita secukupnya? Pandanglah kepada orang yang lebih kurang darimu.Bersyukurkah kita? dimana kita berada? landasan manakah? cuba kita lihat matahari , dia sentiasa mentaati perintah Allah.Di saat ia terbit dengan megah, tetapi apabila Allah perintahkan ia terbenam, ia akan terbenam tetapi dengan ketaatan.
Kembalilah , Bersyukurlah
 Aku ingin mengajak kalian dan diri sendiri agar sentiasa melihat orang yang lebih kurang daripada kita. Kita masih lagi boleh bernafas, tetapi ada di saat ini orang yang berusaha untuk bernafas menyedut udara kerana nazak di ambang sakaratul maut. Ada yang tiada kaki tetapi dia masih bersyukur kerana anggota lain masih ada dan sentiasa lakukan amal , sedangkan kita yang ada kaki jarang bersyukur. Sampai nak menjejak ke rumah Allah pun, kita masih kurang. Ada yang tiada mata, tetapi dia masih bersyukur dan terus bersyukur untuk mengingati Allah dengan sentiasa berzikir. Tetapi kita yang ada mata sanggup memandang perkara haram.  Kita ini selalu lupa siapa kita? Apa tujuan kita dihidupkan di dunia.
Manfaatkan hidup sepenuhnya
Manfaatkanlah dirimu untuk kehidupan Akhirat.Tugasmu adalah mentarbiyah manusia untuk kembali kepadanya! Tugasmu adalah untuk mengabdikan diri kepada pencipta. Kekayaan yang kita ada, pangkat yang kita ada jika kita manfaatkan untuk akhirat . ia pasti akan berharga. Janganlah ada perasaan iri hati dengan pencapaian orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Usahalah semampu yang boleh! Sesungguhnya Allah menilai kita berdasarkan kualiti bukan kuantiti. ada yang solat tahajjud tetapi  perasaan bongkak ada dalam dirinya. Tiada guna langsung walaupun dia bersolat sebanyak seratus rakaat. Tetapi jika seorang hamba Allah melaksanakan solat tahajjud ikhlas kerana Allah walaupun satu rakaat, tetapi betapa besarnya di sisi Allah. kembalilah kepada jalan Islam. Manfaatkanlah masa yang ada dengan amal.
Wallahualam

Saturday 2 July 2011


Entry Plagiat Buat Kaum Hawa SAHAJA!

Assalam.Hari ini aku buat entry copy paste yang sangat berguna untuk girl SAHAJA.Kalau korang perempuan yang bijak dan bermaruah sila baca.SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki.Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis!Wahai sahabat-sahabatku.Moga Allah pelihara kita daripada semua ini.

1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk.Sy harap kite bleh brkenalan.ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy.Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat.Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.Gugurkan jelah!Jjgn buat masalah bleh x!

23. xsakitlah!!nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI.AWAS!!!UNTUK KAUM HAWA!!!!


P/S : Entry ni sirius panjang gila sampai mata naik juling.Tapi berbaloi beb!!Ni entry 1st aku yg sepenuhnya adalah copy n paste.Aku dah xtau nak tolaktambahdarabbahagi kat mana.Kerh3! Aku nak bagi backlink tapi tuan punya kata TAK PAYAH. ^-^