AhLaN WasAhLan

Thursday 10 May 2012

Disebalik Air Mata JAMILAH RAHIM

Alhamdulillah segala nukilan disebalik blog ni hanya lah kiasan luahan perasaan seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina.
Disebalik nama Jamilah Abdurrahim, terpahat 1001 kisah.


Disebalik senyuman yang terukir, disebalik gelak tawa yang terdengar


Disebalik air mata yang mengalir itu, segalanya punya ertinya sendiri.

 Terpahat dihati ini bahawa aku perlu senyum, walau segala dugaan datang terus menerus menerpa hati nurani ini.


Dek kerana hati jua mulutku sudah tidak cukup kuat untuk mengukir kata-kata yang mengambarkan rasa hati ini,


Ku persembahkan menjadi coretan blog Sebutir Kasih Sejuta Sayang yang amat ku sayang ini


Jika ditanya, punya masalah atau tidak aku lebih senang dan tenang untuk berkata tidak,


Bukan tidak mahu berbagi, tapi aku tidak mahu semua bersusah demiku


Sayangku hati , itu bukan masalah melainkan ujian yang diberi untuk membawa hati ini yang sering lalai kepada pencipta yang sebenarnya.


Aku berpegang pada kata-kata nie, meski aku tak sekuat mana pun,
“WANITA yang KUAT tidak menceritakan masalahnya pada DUNIA. Ia menghadapinya dengan SENYUMAN dan BERBAGI hanya dengan mereka yang peduli. (^_^)”

Jika kau mengenali ku dari jauh pasti kau merasa aku orang paling bahagia kerana aku bijak menyembunyikan segala rasa hati dibalik senyuman ceria.
Aku hanya mahu jadi tunjang kekuatan buat keluargaku dan sahabatku semua,


Tidak mahu lemah dihadapan mereka, kerana mereka memerlukan aku,  mereka memerlukan semangat dan kekuatan aku,


KeluargaKu dan Sahabatku, bukan aku yang memberi semangat itu semuanya kehendak yang maha Esa


Aku cuma perantaraan dari-Nya, Kadang semangat yang aku hulurkan padamu sahabat itu adalah yang menjadi sumber kekuatanku jua.


Cinta, keluarga dan persahabatan menjadi tunjang utama hidupku,


Cinta itu pada Ilahi


Rindu itu buat keluarga


Kasih itu buat persahabatan


..Tika aku senyum itu tidak bererti aku gembira,
tika aku menangis itu tidak bererti aku sedih,
kadang aku sendiri keliru,
dan saat itu hanya ?DIA yang yang mengerti  HATI  INI..”



      ღ ~Setulus Hati Cinta Ilahi JAMILAH RAHIM~ 


Sunday 6 May 2012

Hatiku

~✿    YA ALLAH , jika dia yang engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN hati ini, smpaikan lah kepada nya .. jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana untuk menakluki hatinya

jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidupku dan matiku, panjangkan lah hubungan serta ikatan yang bakal didirikan sehingga ke akhir hayat ..

>>> Di setiap hari , akan ku tetap menunggu sehingga 
saat bahagia itu menjelma , moga dipermudahkan urusan ku di dunia mu nie YA LLAH ( ^_^)

insyallah =)


pic di ambik pada tahun 2011 bertempat d gua helang =)

pic di ambik ketika dinner bersama rakan2