AhLaN WasAhLan

Wednesday 22 February 2012

SURAT ANTARA ABANG DAN ADIK.


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan???..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambillah yeerr..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kat umah pak long kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku.

Tuesday 21 February 2012

~ayuh pilih bahagia~


Bismillahirrahmanirrahim...

Hanya orang yang tidak ingin bahagia memilih jalan untuk tidak 
membahagiakan diri dengan apa yang diperolehinya.. =)












wallahualam ...

Saturday 18 February 2012

~" KEGELISAHAN DALAM MELANGKAH "~




aku terdiam disini, menabur sepi ditengah kesepian
dalam gelapnya malam yang ditemani sunyi

Aku yang semakin terdiam oleh masa lalu yang tak mahu hilang
menyusuri jalan yang rasanya tak mau menoleh
memori yang lalu, meski indah cuma memori
pernah ku yakin untuk melangkah
pernah juga ragu dan tidak jadi melangkah

melangkah atau tidak,
mase terus bergulir
walau ada langkah yang disesali
semuanya takkan bisa kembali lagi
semue nya hanya tinggal memori

Dalam sedih, ku cuba tersenyum
dalam gundah, ku cuba berharap dan mencari illahi
dalam langkah tertatih, ku cuba menyusuri likunya jalan kehidupan
walaupon penh dengan kesakitan dan kepahitan yang terjadi
dan ku cuba bersabar dan mensyukuri setiap jalan yang akan ku arungi
memasrahkan diri atas kehendak Illahi
dengan keyakinan, akan ada mentari yang menyinari walaupon bukan sekarang

~ keep optimis , sabar , syukur n semangat ~ :) <3 <3




Monday 13 February 2012

ƸӜƷ Jika Esok Hari Terakhirku ƸӜƷ



✰ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ✰



Jika esok hari terakhirku,
sudah tentu aku sujud kepada illahi tanpa menghiraukan kehidupan realiti sekarang,

jika ecok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku

jika ecok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan
zikir kepadaMU

jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai basikal burukku, meminta ampun kepada 
SAHABATKU

jika esok hari terakhirku,
ranadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadah
kepadaMU

jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela, umpat, hina , cacian dan kejiaan dri mulut dan hatiku

jika esok hari terakhirku,
nafas batin aku ku kinci demi untuk menghadapiMU

jika esok hari terakhirku,
mata ini tidah akan lgi melihat maksiat duniawi,
tiada lgi indahnya dewi

jika ecok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dri ditatapkan bkan mahramku

jika esok hari terakhirku,
tempatkan lah aku di kalangan pejuangmu dan
dibawah perlindungan MU dri azab seksaan



-------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi, hanyalah

Jika esok hari terakhirku.

Thursday 2 February 2012


orang kate buat pe perlu bersedih .. 
kehidupan  kat dunia nie memg hanya sekali tpi bkan bermakne kte kene 
sentiase seronok or bersedih selalu..
kte selalu berpesan kat rakan2 supaye sentiase kuat tok jalani kehidupan nie sbb nak tgk kawan2 happy  tapi 
kadang2 kte sendri yang down n xkuat tok hadapi masalah  .. 
memg ini ujian untk diriku agar selalu dekat dengan ALLAH ..
kadang2 bile nak menitis air mate je hati nie akan meningatkan diriku
perlu ke menangis n menitis kan air mate haye kerana dugaan seperti skrg ...
setiap mlm je hampir air mate ku mengalir ketika nak solat sunat..
tibe2 je ad satu ayat keluar dri wall facebook ku dri seorg hamba .

~♥~ biar kita menangis di dunia...jangan kita menangis di akhirat...biar kita hina di dunia..jangan kita hina di akhirat..biar kita miskin di dunia...jangan kita miskin di akhirat....biar kita serba serbi kekurangan di dunia..jangan kita kurang amalan untuk di bawa di akhirat..sesungguhnya rahsia ALLAH tidak kita ketahui...setiap kesusahan itu pasti ada hikmahnya....senyumlah selalu walau apapun badai yang melanda diri...Sabar walaupun Ujian melanda...Yakinilah ALLAH always with you ...~ ♥ ~ (^__^)

itu lah ayat yang buat diriku untuk hadapi semue nie ..
hanye dengan 1 ayat aku mampu tersenyum 
walapon hati nie masih dibelungi dalam kesedihan..
ampuni hamba ya allah hanye kerane insan yang bukan halal bgi ku aku mengalirkan air mate 

petikan dibawah nie di ambik bri buku novel yang bertajuk " lah tahzan kerana cinta"

 cari pasangan untuk bantu kita gapai redha Allah. Andai hubungan kita dengan orang yang kita suka tak kesampaian, maka tak perlu memanjangkan kesedihan kerana bukan lelaki matlamat kita.Matlamat kita adalah redha Allah... Maka, kalau cinta yang dibangunkan atas keimanan,keyakinan dan kepercayaan kepadaNYA, kenapa kita nak bersedih dengan keputusanNYA? Bukankah DIA yang mengatur segalanya??(^_^)♥ ♥

*insyallah , jangan ingat mase lalu yang menyakitkan
hadapi dengan tabah , sabar , keikhlasan dan keimanan ,
insyallah akan mampu mencari jalan kebahagiaan :)

SENYUM!!!