AhLaN WasAhLan

Wednesday 22 August 2012

Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya





Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan 
dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan 
baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang 
akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang 
sebenarnya. Masih belum berpunya Namun, bagi sesetengah 
orang, disinilah bermulanya ujian 
dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat 
lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya 
tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati 
menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi
 isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar 
sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita 
berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang 
lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian 
seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan 
Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang 
melampui kemampuan hambanya?

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas 
ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, 
siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna 
menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan
 menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta
 menjadi lebih istimewa.Dengan tertundanya pertemuan itu, 
mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. 
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin 
menjadikan kita lebih matang 
dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive ^_^

Friday 10 August 2012


Assalamualaikum semue.

Alhamdulilah masih lagi dpanjangkan umur untuk merase lagi bulan ramadhan tahun nie , bulan yang penuh ngan keberkatan dan keampunan kerana syaitan yang selalu menodai diri kte "di penjara" selama sebulan  .pejam celik pejam celik kejab je mase berlalu ngan pantas  dan lagi beberape hari lagi meninggalkan  bulan ramadhan nie .. YA ALLAH , sedih nye sbb hanye satahun sekali sahaja berjumpa bulan keberkatan nie .. 

syukur alhamdulilah , akhirnya smpai juga 3 mggu terakhir iaitu 10 malam terakhir malam lailatur qadar yang diberi ganjaran yang lebih kepada setiap manusia  .. 10 malam mari lah kte berkejar2 utk berqiamulai  dan perbanyakkan bacaan al-quran dan berzikir .. berdoa lah bersungguh2 dalm melakukan solat taubat agar doa di terima dan dijauhkan dri seksaan azab kubur

dalam hadis juga ada menyebut " Nabi akan membangunkan isteriNYA untuk berqiamulai" .

. mudah mudahan allah mendengar doa hambanya .. berdoa lah bersungguh2 dlm solat sunat taubat agar di ampukan doa ..

"YA ALLAH , temukan lah aku dengan malam lailatur qadar , dan jauhkan diriku dan ahli keluarga ku dri azab seksaan kubur"  aminnn .

semoga kte dpt tggalkan bulan yang penuh suci ini dengan penuh keberkatan .. 
assalamualaikum .. (^_^) jumpe lgi next post ..

Tuesday 3 July 2012

NIFSU SYAABAN


Assalamualaikum semue.

Alhamdulilah masih lagi dpanjangkan umur kita untuk berkongsi cerita . post kali 
ini adalah berkaitan ngan NIFSU SYAABAN pada tahun 15 syaaban (5 julai 2012) . 
pejam celik pejam celik kejab je nak langkat masuk bulan ramadhan .. YA ALLAH , 
tak sabar pulak rasanya nak mula berpuasa ramadhan . semoga kita semu diberi kesempatan untuk sambut pada tahun nie lagi .. nie lah mase y ditggu2 selain dri 
malam lailatur qadar .. insyallah (^_^)


sahabat2 jgan lupe ye malam khamis nie same2 lakukan amalan pada mlm nifsu 
syaaban , nak taw ape amalannya ?ok, bace bawah nie ye ..sye bukan nak mengajar 
tpi mengingati antara sesama sendiri :)


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 
   2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah ; surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca 
    Al-Fatihah; surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, rabu malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam; mati di dalam iman; pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x ; selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam 
Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

ikhlas lah dalam melakukan amalan kerana ALLAH . insyallah ganjaran sangat 
besar menanti , kte xnampk n xmampu nampk tpi ALLAH dah telah tertulis semue 
nye . untuk lebih motivasi melakukan amalan di atas, jom kits bace kelebihan bulan syaaban dekat bawah nie :


1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya 
  dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam 
   nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan 
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, 
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau 
orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'lam.

Subhanaallah, besarnya kelebihannya. Tapi mesti ingat, apapun yang kita lakukan hanya kerana Allah. Setakat ini sahaja dulu coretan saya pada hari ini.


Thursday 14 June 2012

Assalamualaikum semue .. hai kawan2 .. emmmm rindu btol dah lme x buka blog .. tetibe plak terdetik nak menulis sesuatu hari nie .. 

sementera cuti semester nie .. sye kerja contrct kat tempat practikal dlu sbgai assisatn auditor sbb tu dah xde mase nak blogger nie .. huuhh.. sungguh memenatkan menjadi audit nie  sbb skrg musim company byk closing tapi .... ada tapi nyer tu . hehehe menyeronokkan !! sbb ape taw sbb ad pengalaman bru tentg dunia perakaunan nie .. mcm2 y dpelajarinye .. 

anyway lgi beberape mggu akan masuk belajar blik sebagai semeter 6 . n alhamdulilah xlame lagi insyallah aku tidak lgi bergelar pelajar DIPLOMA (^_^) hehehe 

emmm .. dah alang2 cuti nie xsemestinye kene hadap keje jeeeeeee kan ... alhamdulilah .. pada 10hb 6 2012 , rezeki allah telah mempertemukan kembali aku dengan kawan2 sekolah rendah dlu .. hampir 10tahun juga lah kami berpisah akhirnya dipertemukan kembali ...  mula2 time add kat facebook, ingat2 lupe je muka mereka , biase lah semue dah makin cantik n makin besar .. hehehee ...  ape pon aku happy sgt time tu walaupon ramai xdapt join plan saat2 akhir , akhirnya menjadi juga ... byk sungguh cerita d ungkai kembali d kongsi bersama time zaman sekolah rendah .. memg lawak lah .. dyeowg memeg best lah ... anyway aku happy sgt ..

nie je lah cerita y dpt dikongsi buat mase nie ..  walaupon byk cerita sbenarnya tpi xsemue y  dpt d kongsi buat masa nie .. hehehe ..  anyway thanks for reading u all .. <3 <3 <3


                           dari kiri : fyra , aina , sye , ummu , intan n aina roslan ..
                               lawa kan mereka .. syg lah u all (^_^) .. 

                                         bersama tiga gadis bujang .. hehehe ..
                                       ummu afiqah , sye n aina hamzah






insyallah .. ad rezeki kte bertemu lgi k kawan2 .. memg best lah korang .. perangai je same pndai buat lawak tpi muke  berubah makin cantik .. hehehhee ...

Thursday 10 May 2012

Disebalik Air Mata JAMILAH RAHIM

Alhamdulillah segala nukilan disebalik blog ni hanya lah kiasan luahan perasaan seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina.
Disebalik nama Jamilah Abdurrahim, terpahat 1001 kisah.


Disebalik senyuman yang terukir, disebalik gelak tawa yang terdengar


Disebalik air mata yang mengalir itu, segalanya punya ertinya sendiri.

 Terpahat dihati ini bahawa aku perlu senyum, walau segala dugaan datang terus menerus menerpa hati nurani ini.


Dek kerana hati jua mulutku sudah tidak cukup kuat untuk mengukir kata-kata yang mengambarkan rasa hati ini,


Ku persembahkan menjadi coretan blog Sebutir Kasih Sejuta Sayang yang amat ku sayang ini


Jika ditanya, punya masalah atau tidak aku lebih senang dan tenang untuk berkata tidak,


Bukan tidak mahu berbagi, tapi aku tidak mahu semua bersusah demiku


Sayangku hati , itu bukan masalah melainkan ujian yang diberi untuk membawa hati ini yang sering lalai kepada pencipta yang sebenarnya.


Aku berpegang pada kata-kata nie, meski aku tak sekuat mana pun,
“WANITA yang KUAT tidak menceritakan masalahnya pada DUNIA. Ia menghadapinya dengan SENYUMAN dan BERBAGI hanya dengan mereka yang peduli. (^_^)”

Jika kau mengenali ku dari jauh pasti kau merasa aku orang paling bahagia kerana aku bijak menyembunyikan segala rasa hati dibalik senyuman ceria.
Aku hanya mahu jadi tunjang kekuatan buat keluargaku dan sahabatku semua,


Tidak mahu lemah dihadapan mereka, kerana mereka memerlukan aku,  mereka memerlukan semangat dan kekuatan aku,


KeluargaKu dan Sahabatku, bukan aku yang memberi semangat itu semuanya kehendak yang maha Esa


Aku cuma perantaraan dari-Nya, Kadang semangat yang aku hulurkan padamu sahabat itu adalah yang menjadi sumber kekuatanku jua.


Cinta, keluarga dan persahabatan menjadi tunjang utama hidupku,


Cinta itu pada Ilahi


Rindu itu buat keluarga


Kasih itu buat persahabatan


..Tika aku senyum itu tidak bererti aku gembira,
tika aku menangis itu tidak bererti aku sedih,
kadang aku sendiri keliru,
dan saat itu hanya ?DIA yang yang mengerti  HATI  INI..”



      ღ ~Setulus Hati Cinta Ilahi JAMILAH RAHIM~ 


Sunday 6 May 2012

Hatiku

~✿    YA ALLAH , jika dia yang engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN hati ini, smpaikan lah kepada nya .. jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana untuk menakluki hatinya

jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidupku dan matiku, panjangkan lah hubungan serta ikatan yang bakal didirikan sehingga ke akhir hayat ..

>>> Di setiap hari , akan ku tetap menunggu sehingga 
saat bahagia itu menjelma , moga dipermudahkan urusan ku di dunia mu nie YA LLAH ( ^_^)

insyallah =)


pic di ambik pada tahun 2011 bertempat d gua helang =)

pic di ambik ketika dinner bersama rakan2







Friday 20 April 2012

Assalamualaikum.. bismillahirrahmannirrahim ..
entry hari nie .. syukur :)

alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi ..Tuhan panjang umur sehigga hari nie ..
syukur pada mu YA ALLAH kerana diri ku diberi kesempatan untuk membuat perubahan di iaitu hdir di depan org ramai dengan perpakaian purdah ... niat d hati dah lame nak pkai purdah tpi d sebabkan peraturan , niat terbantut .. jdi sye amik kesempatan memakai purdah pada 19hb . 4 .2012 d suatu majlis makan malam ...


pada mlam majlis , ingat kan nak buat surprise pada kawan2 tpi jangkaan xtepat .. huhuh .. bak kate org dengan muka kte bley menipu tpi dengan mata xleh tipu .. heheheh .. lawak lah ...
malam tu ramai tertanye sape lah gadih berpurdah , macm ne dye mkn ..n banyak lgi lah persoalan y bermain di mindah mereka .. mlam tu mcm jugak bermain d midah ku tpi dengan jekuatan doa memakai purdah diri ku jdi tidak gelisah or takut :)


paling kelakar kwan2 ku semue berebut2 ngan bergambar ngan awek berpurdah ... gelakar sungguh gelagat mereka:)


pic nie ketika d luar dewan .. bersama kawan2 kelas .. mereka semue lawa kannn :)


nie kwan sye , org pertama y tegur sye .. memg kelakar nak buat surprise xmenjadi
.. hehehee syg pija (^_^)

ape pon malam tu memg hati sejuk sgt sbb niat di hati telah termakbul .. syukur sgt :)
simple je cerita kan .. syukuran jazilah :)

bersama dyla :)


bersama aiza :)



bersama mereka .. semue comel2 kan ... mereka memg cantik :)









nie lah last .. pic diri sye ... photographer oleh siti solehah .. thanks syg :)






Tuesday 17 April 2012

nikmat sakit

Bismillahirrahmannirrahim...assalammualaikum w.b.t... 



simple jek entry ni... xleh nk ckp byk sgt sebab xberapa nak sihat...tp xpe...akanku teruskan perjuangan hidup ini selagi ada daya..dan syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana berikan kesakitan ini...semoga ianya menjadi penghapus dosa2ku yang lalu kerana: 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari). 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Semoga keluhan ini dpt ku atasi... 

"Ya Allah..Kau pinjamkanlah sedikit kekuatanMu buatku Ya Rabb..AMIN..."

Saturday 7 April 2012

Jalan ku Syurga penuh duri


Assalamualaikum..
alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi ..Tuhan panjang umur kita hingga ke hari ini....

 Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.



Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya.


Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.


Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu...Biasa nya manusia suka cakap tepuk dada tanya selera.. boleh rase ke??? ok..



Betapa susah tak nak masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.


Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.


Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.



Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

  


Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.

WallahuAlam. ....
Semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran..insyaAllah..barakAllahu fikum,,

Friday 30 March 2012

^^ MAHU tapi MALU ^^



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,  setelah lama menyepikan diri tatkala bahana exam yang bakal  
melanda, Allah telah mengurniakan ilham untuk dikongsi bersama. Post saya pada
kali ditujukan buat semua insan muslimah yang saya kasihi dan sayangi sekalian..


"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila mengiringinya,
Demi siang apabila menampakkannya,
Demi malam apabila menutupinya(gelap gelita),
Demi langit serta pembinaannya(yg menakjubkan),
Demi serta penghamparannya,
Demi jiwa serta pnyempurnaan (ciptaan)nya,
Maka Dia mengilhamkan kpdnya(jalan) kjahatan dan ketaqwaannya,
sungguh beruntung org yg mensucikan jiwa itu,
dan sungguh rugi org yg mengotorinya.."
[QS 91 : 1-10]

nurkilan Hati =)






Aku tidak pernah meminta hati yang serapuh ini,
Mudah tersentuh bila dipersendakan,
Atau memang aku senang diperlakukan begitu?
Sedangkan aku berusaha menjaga hati orang disekelilingku..
Apakah aku ini hanyalah pokok tua yang sudah tidak berguna,
Yang sesuka hati dijadikan bahan gurauan...


Ya Tuhan,,

Hatiku saat ini begitu sakit, pedih...
Air mata yang mengalir seakan faham kondisiku,
Sehingga aku berfikir sendirian...

Sukar sangatkah seorang itu memahami seorang yang lain..?
Setidaknya cuba belajar memahami orang disekeliling..
Mungkinkah juga aku yang kurang mengerti??

Dulu aku pernah menjadi orang yang sangat merendahkan diri,
Kenapa di saat aku cuba untuk tidak terlalu merendahkan diri,
Ada pula insan yang membuatkan aku untuk merasa rendah diri..
Ya Tuhan harus bagaimanakah aku??
Apakah diriku ini semudah itu diperkotak-katikkan??

Namun.. Aku tidak pula berasa marah..
Benar! Aku hanya sedih memikirkan kenapa hatiku tidak sekuat
orang lain, aku tidak suka orang menggelarku lembik!
Aku teringatkan Rasulullah s.a.w pernah diejek,
Hatiku bertambah sayu..ya amat sayu..
Kerana Nabi Allah itu tidak pernah mengeluh dan berasa sedih..
Aku juga tidak inginkan begini.. Jika diberi pilihan,
Aku ingin jadi seorang yang kuat fizikal dan emosinya!

Ya Rabbul Izzati,
Aku mohon padaMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi setiap apa yang kau
berikan padaku..
Aku hanya ada Mu ya Rahman disisiku,
Aku tidak ingin orang lain melihatku lemah kerana aku ingin
memberitahu mereka bahawa aku ada Engkau sebagai teman
dalam hatiku...

:: Moral ::

Cubalah belajar memahami orang lain. Kita jangan fikir orang lain macam kita 
sebaliknya letakkan diri di dalam kasut orang lain..Tambah-tambah di dalam 
persahabatan. Jagalah persahabatan yang terbina.. Berguraulah seadanya, janganlah
 sampai boleh menjatuhkan maruah sahabat di depan sahabat yang lain..Jika seorang
 daei' harus kenal mad'u nya,seorang sahabat harus kenal sahabatnya itu macamane..wallahuallam


_______________________________________________________________ 


"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik 
dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu,
 kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu
 hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada 
pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri-