AhLaN WasAhLan

Wednesday 30 November 2011

hari-hari terakhirku

Assalamualaikum rakan blogger ..
topik hari nie mencerikan kan tentng pengalaman ku yang akan berakhir di Jeffry Suffian & Co.
alhamdulilah , pada 2 december 2011 berakhir lah practikal aku di office nie ..
segala pengalaman yang ku dapat dri permulaan masuk dengan xde langsung basic menjadi kan diri ku belajar n mendapatkan ilmu sehingga ku menjadi tahu tentng kerja2 office.
pengalaman mula2 masuk memg takut lah sbb seorg je dak practikal kat office nie, after beberape hari aku cube biase kan diri ngan keadaan office ... mula2 malu + takut + segan ... semue ad lah tpi lepas tu semue jdi berani .. hahahaa ... dah buat mcm office sendiri lah plak katekan.

segala pengalaman suka duka bersama staff di Jeffry Suffian & Co. insyallah akan ku lupe.
 dapt 2 org bos y baek tpi y seorg tu nampk mcm garang je n sorang lagi senyum je tpiiiii kedekut kate staff2 office nie .. hahahaah ..( jhat tol ) 

org y pling rapat bersama ku selama nie di offce adlah 2 org akk practikal gak tpi deggree. dyeowg berdua nie lah buat kte tersenyum je hari2 .. memg best lah akk berdua nie  .. mula2 xrapat sgt coz bru lgi after that lepas 1 or 2 week jdi rpat ... kemane je mesti bertiga ..  hehehehe ... time lunch , time hantar document mesti slah seorg dri akk nie ad bersama .. y paling suke coz dyeowg pon kuat mkn gak same ngan kte ... hahahah .! (jgn marah kak comel ) kami pon selalu berkongsi ilmu n bergosip sme2 .. hahaha ... thanks ye kak berdua coz tahan ngan perangai gile kte nie .. biase lah xde bunyi bosan kot jdi ngantuk di buatnye .. ahahaha

cerita di offce plak .. emmm entah leh .. kalo semue dah pempuan tu paham2 je lah ad je hasat dengki n cemburu ... y jdi mangsa plak org xbersalah ( xperlu ckp lah sape org tu kan)

dari aku masuk xtaw pape , akk y bnyk mengajar sye teng audit xkan ku lupe . audit manager  kak elmi .. akak y baik , cool .. xpenah arah2 senyum je .. hehehe ... xkan lupe akak2 y byk tlg sye juga semsa di office n  termasuk 2 org bos y baik ... jamuan mkn selalu buat tpi bile mkn ramai2 jdi pemalu palk .. kkikikiki... haaaa! lupe plak kak zila y baik (ikhlas dari ati) .. dye lah y selalu bawk rezeki time breakfess ... thanks ye kak! murah rezeki akk .. suke sgt ngan roti jale y akk zila n akk emy buat time jamuan raya  .. sedapppp sgt .. dah xdpt pas nie nak rase masakn akk zila .. pape pon thanks ye kak ...

office memg xleh dok sunyi senyap t semue jdi ngantuk ! hahah... termasuk staff2 y lain lah ...
ape pon terima kasih ... syukran ... thanks... gracies ... kepada warga Jeffry Suffian & Co. atas segala pertolongan y dihulurkan ...  dan kepad J bos n en. eddy sbb terima sye practikal kat cni ... thanks lgi sekali ... maaf ye akk2 memg ad terkasar bahasa n maaf jika ad terase ngan perangai kte.. 

nak berpantun ckit .. tpi xpandai sgt lah ... pantun khas tok akk2 semue =)
rase happy pon ad tpi rase sedih lgi ad coz xde dah jumpe akk2 lgi tok bergurau senda ..

TUAN PUTERI PERGI KE RASAH
PULANG SEMULA SEBELAH PAGI
KITA BERTEMU AKHIRNYA BERPISAH
DI IZIN TUAHN KITE BERSUA LGI


insyallah ...



nie pic time hari raye kan ... semue bergaye =)



pic nie kali 1st time kuar berjalan2 ngan staff ...

Sunday 27 November 2011


Sesuatu yang baik, belum tentu benar~

Sesuatu yang benar, belum tentu baik~

Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga~

Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus~


Friday 25 November 2011

lagu yang menyejukkan hatiku .. best sgt ...


Lirik Lagu Zivilia Pintu Taubat Lyrics
tersadar ku dari khilafku
bersujud memohon ampunan
atas segala dosa-dosaku
yang telah lelahkan hatiku
kebesaranmu ya Allah
kasih sayang dan rahmat-Mu
dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

entah kapan ajal menjemputku
mungkin esok hanya Kau yang tahu
mungkin usiaku tak cukup lagi
untuk hapuskan segala dosaku

kebesaranmu ya Allah
kasih sayang dan rahmat-Mu
dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

aku hina dan tak pantas memohon ampunan
tapi hanya Engkau tempatku untuk meminta ooh

kebesaranmu ya Allah
kasih sayang dan rahmat-Mu
dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu
dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah ampunkan semua dosaku










bisikan Nurani ..


Bila hati payah mengigati Allah
bila hati tak bersyukur dgn kesenangan
bila hati tak sabar dgn ujian
bila kurang terksan oleh peringatan
bila hati kta selalu mengikut nafsu
bila hati sukakan keseronokkan
bila hati mls memberontak mahukan kebebasan
bila hati lgi tak mengenal mana yang baik n buruk
bila hati dah tiada sinar cahaya
bila hati dlm kegelapan

paksa lah hati mengingati Allah
paksalah hati mengingati mati
paksalah hati utk bersikap mahmudah
paksalah hati mencintai kebaikkan
paksalah hati membenci kekefuran
paksalah hati utk bersikap tenang
carilah selalu bimbingan 
nesscaya hati akan kembali bercahaya, insyallah



sabda nabi muhammad S.A.W :
didalam badan anggota manusia ada seketul daging
dimana daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya,
dimana rosak daging itu maka jahatlah seluruh jasadnya




ketahuilah daging itu adalah HATI

Thursday 24 November 2011

Artikel ini saya copy and paste dari sini.

Cantik kah kita ini? Kalau rasa kita cantik, iye lah tuh kot. Jangan takbur sudah laa. Tak suka langsung op...:( Kalau rasa kita tak cantik, berusahalah menjadi sebaik2 ciptaan.
 Tuhan jadikan hamba-Nya saling melengkapi, ada kelebihan dan ada kekurangan juga.

Moh kita baca sama-sama apa yang ingin dikupas mengenai maksud cantik ini.

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan 
rupasederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata. semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Wednesday 23 November 2011

sajak buat bakal suami ;)



sekiranya,
kita cinta pada manusia,tak semestinya manusia cinta kpd kte,
tetapi sekiranya ,
kte cinta pada ALLAH,
nesscaya cinta ALLAH tidak menyakitkan,
dan tiada penghujgnya,
sekiranya,
kita cinta pada manusia,
kadang2 kte akan cemburu apabila,
org y kte cintai mencintai org lain,
tetapi sekiranya,
kte cinta pada ALLAH,
insyallah , kte juga akan mencintai org,
yang melabuhkan cintanya pada agama,

YA ALLAH,
Andainya si dia adalah jodohku,
yang telah d tetapkan oleh-MU kepdaku,
maka,
campakkan lah kasih dye ke dlm hatiku,
cintakan aku kepadanya seperti mana die mencintai KAU,
dan campkkan lah ke dalam hatinya,
cintaku kepadanya adalah kerana-MU
dan kasih kami insyallah ke alam syurga,

Namun,
Andainya die bukanlah jodohku 
yg telah ditetapkan olehmu kepadaku
berikan lah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian MU

semoga perhubungan y dibina kekal kerana MU, insyallah



~ahlan wasahlan~




dye lah insan yang bertuah tu kot, insyallah xensem xpe kan ..
hehehe ... hope  dye y terbaik tok diriku n jodoh berpnjgan ;)
insyallah juga dye insan y terakhir buat ku ..


Friday 18 November 2011




Burung-burung berterbangan 
Angin pagi bertiupan 
Sang suria mula memancar 
Menyinari alam semesta 

Insan di dunia mula tersedar 
Sehari lagi umur bertambah 
Yang dah pergi akan di ganti 
Yang masih hidup terus berbakti... 

Jangan takut pada mati 
Jika beriman bertaqwa 
Kubur bukan perhentian rohani 
Tapi perhentian jasmani 

Wahai orang-orang beriman 
Inilah pepatah pujangga 
Kata yang telah diberikan 
Dari insan bijaksana 

Mari insan mari semua 
kau dan aku Menadah tangan 
Memohon doa pada Ilahi 
Agar selamat hidup dan mati

forum cafe cinta (^_^)







~ :: FORUM CAFE CINTA :: ~

~ :: BERSAMA PANELIS YANG TERDIRI DARIPADA PENULIS TERKENAL, SAUDARI FATIMAH SYARHA :: ~

Bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 22 October 2011..

Ayuh.. sama2 kita dengar.. amik ibrah.. kutip mutiara ilmu ini.. Amal dengan Ilmu...

ku menadah keampunan ilahi




TUHAN,
PADA-MU AKU PASRAH
AKUR, ALAH DAN MENYERAH
SELURUHNYA SUDAH PUDAR
CINTAKU KIAN TERCALAR

TUHAN,
SENJAKU SEMAKIN DEKAT
DI SUMUR DOSA AKU MELARAT
DI HUJUNG UMUR KU PASTI KEMBALI
SEDANG HATIKU TAK SUCI LAGI

TUHAN,
LANGKAHKU ENTAHKAN MATI
MENDAKI KASIH-MU NAN TINGGI
NAMUN CINTAKU BUKAN PALSU
WALAUPUN SERING TERGANGGU

TUHAN,
KEKADANG TERASA SAYANG-MU
BERSAMA KURNIA HIDAYAH
KEKADANG TERASA MURKA-MU
SEIRING PATAHNYA MUJAHADAH

TUHAN,
TERLERAI RIBUAN TAUBATKU
TERUNGAI SEMUA JANJIKU
KATAKU SERING MUNGKIR
CINTA-MU SERING TERPINGGIR

TUHAN,
AKU MASIH SETIA
MENGEMIS DI JENDELA USIA
TERUS MENCARI WAJAH DIRI
MENADAH KEAMPUNAN ILAHI!



Wednesday 9 November 2011

                   hamba yang bertuah beertemu nabi dalam mimpi.


hari nie dah masuk 4 hari diriku dalam kesedihan , mencari jalan ketenangan ... semue org xmenghiraukan aku dan kekasihku pula seperti tidak paham akan perasaan ku y aku alami sekrg .. sedih sgt , terase sgt ngan perangai family ku .. enth xtaw lah smpai ble aku bloh bersabar dan bertahan ... aku mencari2 ketenangan , memerlukan seseorg kawan y btol2 pham perasaan aku n bley buat aku happy semula tpi itu hanya lah mustahil ... semakin dekat aq pada tuhan , terase makin xtenteram jiwa ku ... aku xtahu lah d mana silap  ku smpai family ku menungkit segala y telah aq lakukan ... smpai mengeluarkan perkataan "fitnah" .. terase amat dalam ... aku terse makin jaoh ngan family sendiri .. aku xhengharap kasih syang y mengunung tinggi tpi aq cuma mengharap aq pham kan je .. dengan masalah kat office aku terpakse pendam tambah lgi masalah kat umh ...

aku terasa terpinggir jaoh dri family sendiri..  sewaktu nak buat pembedahan pon sesen pon aku xmintx family .. terpakse buat muka tebal pinjam owg ... dengan jumlah yg byk .. mane mampu nak byk dlm mase terdekat .. aku xpernah kedekut ngan family tpi kenape dyeowg kat sedemikian ,, dyoeowg xtanye lgsg pon mane aku dpt duit tok operation , aku terpakse tanggung beban sorg2 d sebabkan tiu aq kene berdikari tpi laen y dlm fikiran family ku .. ya allah aq sgt terase ngan mereka .. bermcm2  dugaan aku kena tggung semenjak lepas operation tu... mcm aqckp aku xmengharap kasih syg y tggi tpi aq cume harap mereka paham masalah aq tpiiiiiiiiiiiiii xtaw lah aku dpt family mcm nie ... 

tu masalah kat umh ...   kat office plak ....  selalu aq d kaitkan ngan mcm2 keburukan n fitnah ...  aku sendiri xpaham , aq dugaan y sedang berlaku semakin aku ingin berubah smakin byk masalh y timbul .. akk2 office tu memburuk kan aku depan2 tanpa rase bersalah sedikit pon .. pastu buat fitnah antara aku ngan abg dispact .. abg tu memg baik .. dah khawin n ad anak pon ape y nak dengki sgt ngan aq smpai membanding2 aku ngan akk office y laen .. dye just anggap aku adik je , aku pon bkan tegur sgt ngan dye .. xpaham sgt ape y bermain kat fikiran akk2 tu ..... aku thu aku nie terlalu muslimah n xpndai berfesyen tpi ape salah aku smpai d buat mcm nie .. akk y aq ingat baik ngan aq selama nie tpi dye y jadi org ketiga memburukkan aku.. aku terpakse pendam dan tutup telinga y sakit nie setiap kali masuk office tambah plak kene makin byk .... tambah lgi tekanan ku ..


smpai ble aq harus mcm nie ?? aku xkuat sgt .. rase nak keluar je dri umh tu! family xhirau kan aku dah walaupon aku masih dlm keadaan sakit dan kekasih ku plak xpaham perasaan ku setiap kali dye coll asik ckp je aq nie mcm nak marah dye tpi bkan aq nak marah ...aku try nak buat suara happy ptiiiiii xmampu n then dye ... entah lah xtaw nak expain ape lgi ... smlm aku p haspital n than doktar ckp sakit ku bley effect kalo aq ters mcm nie .. aku memg xmo semue nie berlaku n xminta pon semue nie masalah datang ... aku hari2 hanya mampu berdoa , pasrah dan mengeluarkan air mata je ... lepas nie abg aq dh nak khawin entah ape plak y berlaku pada diri ku ... 

kegembiraan yang dtang pada diri ku selalu hanya sementara shaja ...aku perlukan kawan!!! tperlukan kekuatan datang dri TUHAN..emmm ;(

Monday 7 November 2011

aku dah xkuat !! ya ALLAH tlg lah hamba..

terase sgt sedih ngan masalah y melanda diri ku .. berbagai2 masalah menimpa ku sejak bulan lepas smpai skrg ... aku xkuat nak pikul semue beban nie ... lepas 1 malsah , masalah lain pula menimpa ... family y ku harapkan boleh selalu berikan semangat pada ku tpi lain plak jdi nya ,, n org y ku cinta y ku ingin berkongsi cerita tpi dye plak sperti byk rahsia y xnakbgi thu ,,,entah ape rahsia pon xtaw ..

YA ALLAH .. sedih tol ngan kehidupan ku skrg ... ape perasaan korang , ble family sish dan buang korang dri family ?? mesti terase sedih sgt kan .. n ape perasaan korang ble korang berbuat baek ngan seseorg tu n dye gak buat baek ngan korang tpi dlm mase y same dye memburuk2 kan n memfitnah korang ?? 

rase macm nak menjerit je .. walaupon dh pergi kesana sini tenangkan fikiran tpi tetap juga xleh tahan ngan semue nie ... rase nak jerit je!!!!!! perlukan kwan nak luahkan perasaan tpi ??? hanya menulis di blog nie sahaje y leh aku luahkan ..

hari2 aku berdoa YA ALLAH kau ampunkan lah dosaku , aku xmengharapkan balsan dgn ape y aku lakukan tpi kenape semua nie y terjadi... ampunkan lah ya allah dosa hamba mu y hina ini .. jangan lah kau jaoh dri ku .. kau kuatkan hamba ya Allah tok tempuhi segala  dugaan ini .. aku tidak kuat tanpa kasih dan syg MU ...aku pasrah dgn segala y kau berikan kepada ku ini .. bantu lah hamba ya ALLAh, hamba takut sgt dengan dosa ku y terlalu byk ... kau terima lah taubat ku y dahulu .. terima lah ya ALLAH segala amalan  ku .. ampunilah hamba ya ALLAH.. ampunkan lah YA ALLAH .. aku mohon dri MU.. makbulkan lah doa ku ya ALLAH ..

aku terase sgt sedih ngan ape y di kata kan oleh abah ku pada pgi tdi .. terase sgt .. aku mengharapkan kuluarga ku paham masalah ku tpi family ku juga y memberi masalah..mgkin puncA nya dri diri ku jaga tpi. smpai ble semue nie nak berakhir??????? aku dah xkuat sgt hari2 menagis keluar air mata...  aku nak sgt kuar dri umh nie berdikari tpi ble d pikirkan aku masih ad ibu xpe lah aku bertahan walaupon ibu ku juga membrikan ku tekanan...

aku selalu berharap , agar semue nie berakhir ngan cepat dh xkuat sgt.. air mata nie plak keluar smpai kering mate ku .. ape la y aku harus lakukan skrg ?? emmmmmm .. sabvar ye jamilah !! ;(


Saturday 5 November 2011


assalamualaikum ... alhamdulilah ad juga kesempatan nak creat blog arini ... heheh
 terlebih dahulu nak ucap salam aidiladha buat semue umat islam ..
terrasa sayu sekali mendengar tkahbir buat kali kedua tahun nie ...
di harap tahun akan dtg , pnjg umur nak dgr lgi thakbir =)

hari nie nak cerita pasal raya aidiladha je .. hehehe... kisah bermula d awal pgi ..


selesai solat subuh , terus masuk kedapur menyediakan mknan untuk family .. dan memasukkan sedikit kueh tok satapan keluarga y dtg ke rumah ... tgh2 membz kan diri , xsempat2 tgk jam ... tgk2 jam dh pukul 8 pgi .. huuuuuu ...niat nak pgi solat sunat hari raya tpi tpi xsempat .. sedih juga sbb dh lame x p solat sunat hari raya .. =(

setelah solat sunat hari raya .. jam menunjukkan jam pkul 8.40pgi  family ku berkumpul dan makan ape y di sediakan  oleh ku dan akk2 .. mengikut sunnah nabi , kene mkn setelah solat sunat aidiladha dan sebelum  pgi menjalankan ibadah korban .. setelah selesai mkn n siap2 tukar bju , seperti tahun2 biase abah n abg2 ku akan pergi menjalankan taggungjawab pgi ke tempat korban buat kerja .. heheheeh ...

pada tahun nie korban lembu 15 ekor je .. xsebsnyak tahun lepas  20 ekor .. seperti biase setiap tahun memag meriah kat kampg nie sbb org ramai bergotong royong buat kerja penyelembihan lembu dan kambing... memg busuk lah semue org termasuk abg n abah ku skali sbb baju bau darah lembu .. hihihiih.. 

di kesempatan itu juga , xketinggalan sye snap2 gambar lembu . hehehe.. penyelembihan lembu selasai jam 12 tgh hari .. y dh sembelih tu tggal nak d bersihkan dan di agihkan kat org2 kampg je .. dan tiap2 tahun meng abah akn bwak pulang kepala lembu n daging... xsuke kepale dye! sampai kucing kat umh pon lari takut nak kuar umh .. hahahhaa .. memg kelakar sgt lah..

sye lebih suka raya aidiladha sbb xperlu byk bua keje umh n tgk org2 kmpg bergotong royong je sembelih lembu .. hhahahahah. .. ape2 pon memg best lah raya tahun nie coz sye dpt snap pic ngan camera bru .. icon  flash nissin Di622.. memg cool lah! terbaik! hehe  .. =)




 k lah nie je cerita tok arini .. salam raya aidiladha buat semue!! memg enjoy ngan bau lembu kat rumah! 1 mggu mkn daging lembu je .. hahaha .. (xsuke bau darah )




Thursday 3 November 2011

                               mendaki gunung takwa (=

(klik utk besarkan gambar, hnya di blog ini..zulumat = kegelapan)

Assalamualaikum wbt..

Penulis dalam ruang masa yang terhad cuba untuk mencoretkan juga sedikit catatan di blog ini.
Kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulullah sepatutnya setiap hari penulis sarankan supaya mendaki gunung taqwa.  Jika dilihat pada illustrasi di atas, bayangkan pendaki itu adalah kamu - membawa beg amalan soleh, beg solat dan sabar..kemudian bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya berjuang keluar dari kegelapan dosa, kelazatan dunia..fuhh..berbahasa kiasan sungguh penulis kan? huhu..
Pandai-pandailah sendiri kamu bayangkan bagaimana kamu nak mencapai puncak taqwa =)
Jangan bayangkan sahaja, berusaha! Chaiyok! Aja2 fighting!

Wassalam

Wednesday 2 November 2011


                               HANYA..

diriku bukan siapa-siapa..
bukannya insan bergelar,
bukannya ustazah,
apatah lagi alim ulama'..
diriku hanya insan biasa,
seorang hambaNya,
seorang isteri kepada suamiku,
seorang ibu kepada anak2ku,
seorang anak kepada ibubapaku,
seorang muslimah yang dikelilingi
saudara sedarah, seislam..

menulis sekadar luahan seorang hamba,
bukan meletak diri akulah hebat,
akulah sempurna, akulah yang benar..
tapi aku merasakan diri ini
sentiasa dalam kekurangan..
jangan kau cela diri ini,
andai diri tak sepertimana di tarian pena

aku insan yang lemah,
menulis untuk pemangkin bagi seorang aku,
agar tidak alpa dan leka,
agar tidak sombong dan bermegah2,
malah, sentiasa membaiki dan memotivasi diri..
menjadi hamba, isteri, ibu, anak, muslimah
yang beriman dan solehah..
yang sentiasa berpegang pada tali ALLAh.
yang menyanjung Rasul, Muhammad S.A.W,
yang bersandar Al-Quran dan hadis..

aku mengharap hidup ini sentiasa dalam redha ILLAHI
sentiasa dibukakan hati untuk menerima nur RahmatNya,
agar diri tidak terus tenggelam dalam dunia yang semakin 'jauh'..

marilah sama2 kita cermin diri,
muhasabah diri,
dan merubah diri,
agar hari ini lebih baik dari semalam..