AhLaN WasAhLan

Wednesday 22 August 2012

Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya





Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan 
dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan 
baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang 
akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang 
sebenarnya. Masih belum berpunya Namun, bagi sesetengah 
orang, disinilah bermulanya ujian 
dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat 
lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya 
tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati 
menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi
 isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar 
sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita 
berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang 
lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian 
seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan 
Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang 
melampui kemampuan hambanya?

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas 
ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, 
siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna 
menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan
 menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta
 menjadi lebih istimewa.Dengan tertundanya pertemuan itu, 
mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. 
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin 
menjadikan kita lebih matang 
dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive ^_^

Friday 10 August 2012


Assalamualaikum semue.

Alhamdulilah masih lagi dpanjangkan umur untuk merase lagi bulan ramadhan tahun nie , bulan yang penuh ngan keberkatan dan keampunan kerana syaitan yang selalu menodai diri kte "di penjara" selama sebulan  .pejam celik pejam celik kejab je mase berlalu ngan pantas  dan lagi beberape hari lagi meninggalkan  bulan ramadhan nie .. YA ALLAH , sedih nye sbb hanye satahun sekali sahaja berjumpa bulan keberkatan nie .. 

syukur alhamdulilah , akhirnya smpai juga 3 mggu terakhir iaitu 10 malam terakhir malam lailatur qadar yang diberi ganjaran yang lebih kepada setiap manusia  .. 10 malam mari lah kte berkejar2 utk berqiamulai  dan perbanyakkan bacaan al-quran dan berzikir .. berdoa lah bersungguh2 dalm melakukan solat taubat agar doa di terima dan dijauhkan dri seksaan azab kubur

dalam hadis juga ada menyebut " Nabi akan membangunkan isteriNYA untuk berqiamulai" .

. mudah mudahan allah mendengar doa hambanya .. berdoa lah bersungguh2 dlm solat sunat taubat agar di ampukan doa ..

"YA ALLAH , temukan lah aku dengan malam lailatur qadar , dan jauhkan diriku dan ahli keluarga ku dri azab seksaan kubur"  aminnn .

semoga kte dpt tggalkan bulan yang penuh suci ini dengan penuh keberkatan .. 
assalamualaikum .. (^_^) jumpe lgi next post ..