AhLaN WasAhLan

Wednesday 22 August 2012

Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya





Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan 
dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan 
baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang 
akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang 
sebenarnya. Masih belum berpunya Namun, bagi sesetengah 
orang, disinilah bermulanya ujian 
dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat 
lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya 
tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati 
menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi
 isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar 
sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita 
berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang 
lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian 
seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan 
Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang 
melampui kemampuan hambanya?

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas 
ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, 
siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna 
menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan
 menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta
 menjadi lebih istimewa.Dengan tertundanya pertemuan itu, 
mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. 
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin 
menjadikan kita lebih matang 
dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive ^_^

No comments:

Post a Comment