AhLaN WasAhLan

Tuesday 3 July 2012

NIFSU SYAABAN


Assalamualaikum semue.

Alhamdulilah masih lagi dpanjangkan umur kita untuk berkongsi cerita . post kali 
ini adalah berkaitan ngan NIFSU SYAABAN pada tahun 15 syaaban (5 julai 2012) . 
pejam celik pejam celik kejab je nak langkat masuk bulan ramadhan .. YA ALLAH , 
tak sabar pulak rasanya nak mula berpuasa ramadhan . semoga kita semu diberi kesempatan untuk sambut pada tahun nie lagi .. nie lah mase y ditggu2 selain dri 
malam lailatur qadar .. insyallah (^_^)


sahabat2 jgan lupe ye malam khamis nie same2 lakukan amalan pada mlm nifsu 
syaaban , nak taw ape amalannya ?ok, bace bawah nie ye ..sye bukan nak mengajar 
tpi mengingati antara sesama sendiri :)


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 
   2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah ; surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca 
    Al-Fatihah; surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, rabu malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam; mati di dalam iman; pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x ; selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam 
Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

ikhlas lah dalam melakukan amalan kerana ALLAH . insyallah ganjaran sangat 
besar menanti , kte xnampk n xmampu nampk tpi ALLAH dah telah tertulis semue 
nye . untuk lebih motivasi melakukan amalan di atas, jom kits bace kelebihan bulan syaaban dekat bawah nie :


1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya 
  dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam 
   nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan 
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, 
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau 
orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'lam.

Subhanaallah, besarnya kelebihannya. Tapi mesti ingat, apapun yang kita lakukan hanya kerana Allah. Setakat ini sahaja dulu coretan saya pada hari ini.


No comments:

Post a Comment