AhLaN WasAhLan

Monday 22 August 2011


Malam yang dinanti-nanti.. Lailatul Qadar

Assalamualaikum :)

Sedar atau tak,sudah 23 hari kita berpuasa. maknanya,sekarang sudah termasuk dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan yang mulia ni. dalam kita excited menunggu bulan syawal menjelma,hari-hari yang terakhir ni amat penting untuk kita sebagai umat Islam. kan? jangan excited nak raya je. Lailatul Qadar adalah malam yang sentiasa dinanti-nanti oleh umat Islam pada setiap bulan Ramadhan.

Menurut Imam Syafie r.a & sesetengah ulama,lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 & 23 Ramadhan sebab ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama,tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. 
Menurut mereka,sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari ahad @ rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke29. jika bermula puasa jtuh pada hari jumaat @ sabtu,ia jatuh pada hari ke27 dan jika permulaan puasa pada khamis,lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadhan. sekiranya awal puasa pada sabtu maka lailatulqadar jatuh pada hari ke23 dan jika awal puasa pada hari isnin,seperti tahun ini,maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke21. demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. tegas beliau : "aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini".  
--sumber

Terdapat beberapa tanda-tanda malam Lailatulqadar. menurut sumber antaranya ialah :
1. Udara dan suasana pagi yang tenangIbnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadis hasan)
 
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannyaDari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)
 
3. Terkadang terbawa dalam mimpiSeperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum 
4. Bulan nampak separuh bulatanAbu Hurairah radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)
 
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan) 
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
Tanda-tanda lain ialah pohon sujud,bangunan-bangunan tidur.air tawar berubah masin dan anjing-anjing tidak menggonggong.

No comments:

Post a Comment