AhLaN WasAhLan

Saturday 22 October 2011

                             CERITA KEHIDUPAN KU 


Alhamdulillah syukur kita kehadrat Illahi kerna dengan rahmat dan kasih sayangNYA kita masih merasai nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam..salam serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Kehidupan kita kadang- kadang seronok, kadang- kadang tertekan
dan kadang- kadang mencabar..
kehidupan perlukan kita berfikiran kreatif dan kristis..
kehidupan boleh membentuk peribadi seseorang itu...
Tapi disebalik semua itu kehidupan boleh membuahkan ketenangan..
dan ketenangan itu hanyalah daripada Allah...
ketenangan itu unik, hanya mereka yang 'unik' sahaja dapat merasainya..
maka Beruntunglah bagi mereka yang dianugerahkan ketenangan daripada Allah..

memetik kata- kata dari Imam Asy- Syafi'e:
" Biarkanlah hari2mu berlalu, lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan qadha.
janganlah bosan bersabar apabila ditimpa musibah, kerana di dunia ini tiada derita yang abadi"





dan jika kita sentiasa diuji ingatlah Allah sayang pada kita, sebab tu dia bagi kita ujian,
kekasih pilihan Allah di hadiahi dugaan hebat tanda kasihNYA,
jalannya dihias duri2 luka, tak di biarkan tidur lena dalam dakapan lazat melimpah,
tapi di hidang jerih yang tiada payah..
MANISNYA TARBIYAH JIKA KITA LALUINYA
Insya'Allah (^_^)

Ya muqallibal qulub..sabbit qalbi ala dinnik..

~ Ya Allah kau kuatkanlah hatiku ini..disaat ini aku merasakan sedih yang teramat sangat~

No comments:

Post a Comment