AhLaN WasAhLan

Friday 28 October 2011


    kalo nak jodoh baik .. ape kene buat ?? emm

Satu hari tu, kawan aku pernah cakap dekat aku macam ni. "Kenapalah susah betul nak jumpa lelaki yang baik. Yang jenis jaga solat. Yang jenis mata tak liar pandang perempuan sembarangan. Yang jenis tak merokok."

Aku terdiam. Dan aku jawap macam ni, "barang yang bernilai mana boleh nak tayang merata-rata, kan?" Yelah, karang kalau tayang sesuki je, nampak macam murah la pulak. eh tetiba aku teringat dekat satu ayat ni.


"Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau kenapa ia belum dipetik lagi? Lantas ia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan diri ke tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar sesuai dengannya sahaja yang mampu memilikinya."


Aaa nampak? So, aku berpegang kepada prinsip kalau kamu nak jodoh yang baik, kamu tu kene jadi baik dulu. Barulah aura baik nak melekat dengan kamu. Kehkeh kemain tau ada prinsip bagai :p Ok ok serius. Haa betul tak aku cakap ni? Kadang kita ni tak ukur kasut dekat kaki sendiri. Diri sendiri asyik pakai seluar pendek tapi nak jodoh yang pakai tudung labuh. Ade ke patut?


Nak jadi baik ni memang bukan senang. Ada orang tu Allah tutup hati dia untuk nampak kebenaran. Tapi kalau kita ni diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik, kenapa kita nak tangguh-tangguh? Bak kata orang lama, perkara baik jangan ditangguh.

akhir kata ..: semoga ecok menjadi hari baek dri hari nie (^_^)

No comments:

Post a Comment